FAQ
Antara soalan yang sering diajukan oleh pelanggan kami:1. Adakah buku panduan disertakan pola?
=> Ya, setiap buku panduan akan disertkan pola masing-masing berdasarkan jenis buku panduan yang ditempah, kecuali yang dinyatakan buku panduan tersebut tidak disertakan pola.
2. Berapa jumlah pola yang disertakan?
=> Jumlah pola bergantung kepada jenis buku panduan dan promosi yang ada. Jenis buku panduan diberikan jumlah pola berlainan.
Contoh: Buku Panduan Menjahit Jubah Abaya akan disertakan 3 saiz pola berlainan iaitu saiz XL,M dan Kanak-Kanak, manakala Buku Panduan Menjahit Baju Kurung Moden hanya disertakan 1 sahaja pola freesize (saiz M).
3. Bolehkah mereka yang tidak mempunyai asas menjahit belajar menjahit dengan hanya mengunakan buku panduan yang disediakan?
=>BOLEH, ramai telah berjaya menjahit sendiri setelah mendapatkan buku panduan ini, walaupun zerobasic dalam menjahit. Dengan pola yang diberikan, ia akan membantu semasa peringkat awal. Cuma perlu potong kain mengikut pola yang diberikan, kemudian jahit mengikut apa yang telah ditunjukkan dalam buku panduan. Setelah berjaya, cara untuk mengukur juga telah diajar dalam buku panduan, sekiranya mahu membuat mengikut saiz yang dikehendaki.
4. Bilakah tempahan akan dipos?
=>Tempahan akan dipos keesokkan hari setelah details tempahan diterima (nama, alamat, no telefon, bukti pembayaran). Sekiranya tempahan banyak, kami akan adakan dua sesi pos iaitu pagi (10 pagi) dan petang (5 petang).
5. Adakah promosi sentiasa ada untuk semua buku panduan?
=> Tidak. Hanya sesetengah buku sahaja akan diberi harga promosi.
6. Adakah buku panduan ini sentiasa dicetak?
=>Kebiasaannya, buku panduan yang dicetak adalah terhad. Kebanyakkan hanya bila ada promosi dibuat.
**Kami dalam pertimbangan untuk menghentikan semua cetakan buku panduan pada hujung tahun 2016 kerana masalah teknikal (kami kekurangan staff, kerana kebanyakkan mereka akan ditempatkan dibutik kami secara berperingkat). Apa pun, kami akan cuba mendapatkan staff yang baru untuk dilatih membuat pola sekiranya masa mengizinkan.TQ